img_20171029_195033_009

AGM Ansara Pusat 2017

AGM Ansara Pusat telah diadakan pada 30hb Oktober 2017 di mana kali ini Presiden Ansara KB (ketika itu) Dato Seri Mukhriz Mahathir dan SU Ahmad Bazlan telah membuat keputusan untuk tidak bertanding dan melepaskan jawatan masing-masing.

Jawatan Presiden telah dipertandingkan antara Dato Kamarul Redzuan, DKRM (Ansara Kota Bharu) dan Harun Aminulrashid (Ansara Kuantan). Setelah undian dibuat, DKRM telah dipilih sebagai Presiden.

Jawatan Timbalan pula disandang oleh Dato Nasri Nasrun (Beseri), Bendahari disandang oleh Husmarhadi (Balik Pulau). Naib Presiden 1, Azli (Kuala Kelawang). Naib Presiden 2, Puan Azealea (Gerik)

Majlis turut dimeriahkan dengan jamuan makan dan cabutan bertuah

img_20171030_234700_985 img_20171030_234700_987 img_20171031_113236_929 img_20171029_195033_010 img_20171029_171512_778

20160703_233941

Why Him?

WHY DO WE WANT DATO’ KAMARUL REDZUAN AS ANSARA PRESIDENT, YOU ASK?

+ Because he started his company at age 28, listed it at age 34, it was the 5th fastest-growing company in Malaysia. And he’s a Malay kampung kid, just like so many of us.

+ Because he does not need this post in Ansara to be successful. He already is!

+ Because he wants to give back.

+ Because HE CAN drive Ansara to GREATNESS, as he did his company.

And we should give him this mandate!

#VoteDKRM
#ForTheLoveOfAnsara

img-20171020-wa0043 img-20171020-wa0050 img-20171020-wa0044 img-20171020-wa0047

20170930_110459

Penolakan Pencalonan Timbalan Presiden

Pengumuman dari Kak Ja:

Salaam

Merujuk kepada senarai calon-calon yang menerima cukup pencalonan bagi jawatan-jawatan ANSARA Pusat bagi Sesi 2017-2019 yang telah dikeluarkan oleh SUA ANSARA Sdra Ahmad Bazlan Che Kasim melalui Whatsapp kelmarin, disini saya ingin maklumkan bahawa Dato’ Kamarul Redzuan tidak akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.

Pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden dibuat tanpa rujukan kepada beliau terlebih dahulu.

Dato’ Kamarul menghargai pencalonan tersebut, namun memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden sahaja.

Beliau telah memaklumkan serta merta kepada Sdra SUA akan keputusan beliau petang kelmarin sebaik sahaja menerima senarai pencalonan.

Sekian, untuk makluman semua.

Terima kasih,

Nuraiza Zaharin
Setiausaha
ANSARA KOTA BHARU
14 Oktober 2017

20171012_193651

Penerimaan Pencalonan Presiden ANSARA

Perutusan dari Dato Kamarul Redzuan

Assalamualaikum wbt

Saya secara rasminya telah dicalonkan dan menerima pencalonan untuk jawatan President Ansara setelah tempoh pencalonan tamat jam 5 petang tadi.

Please support my quest. I wish to bring fresh new ideas dalam mentadbirkan ANSARA dan menerapkan budaya berintegriti tinggi dalam urus tadbir Alumni.

The race just began. Please keep the race clean and doa for our team.

My sincere thanks to KC Dato’ Sayed and our beloved SU Kak Ja serta all the exco yang banyak membantu sehingga pencalonan hari ini

Lets win this for the love of ANSARA.

From now on we can officially campaign.
Wasalam

PS: Pls follow instagram/twitter @krmforpresident

And please spread among ur friends

20171012_193732

DKRM for President ANSARA

instagram/twitter:
@krmforpresident

Salam,

Sukacita dimaklumkan bahawa mantan KC ANSARAKB, Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed akan bertanding jawatan Presiden ANSARA di dalam pemilihan AGM PUSAT 29/10/17 jam 9 pagi di Ting 9 Menara Yayasan Selangor, PJ.

ANSARA KOTA BHARU menyokong penuh hasrat Dato’ Kamarul dan saya berharap kita semua berganding bahu untuk memastikan kemenangan beliau.

Kita akan menggunakan tagline #keranacintaansara #fortheloveofansara
#newisgood sepanjang kempen ini .

We urge and request our members to spread good words about Dato’ Kamarul and his leadership throughout his 4 years in AnsaraKB to all your friends and collegues from all other Cawangan ANSARA especially throughout these next 2 weeks.

Untuk makluman semua, semalam (12hb Oktober) kita telah adakan suatu Majlis Tertutup khas untuk memperkenalkan Dato’ Kamarul kepada semua Ketua-ketua Cawangan dan ahli Exco mereka .

Mohon doa dari kalian semua agar Majlis kita ini akan berjalan dengan lancar dan semoga kempen kita berjaya dan dapat membantu merealisasikan objektif-objektif mulia yang ingin di capai oleh Dato’ Kamarul, demi anak bangsa, agama dan negara.

Aminnn yaa Rabb.

JZKK,

DSAF
Ketua Cawangan
ANSARA KOTA BHARU

Stail kito, caro kito!

Note : Kak Ja will send updates / info regarding the Campaign from time to time. You can also refer to our social media for any latest news

instagram/twitter
@krmforpresident

img-20171013-wa0005

News: Mesyuarat Agung Tahunan AnsaraKB 2017

whatsapp-image-2017-10-01-at-6-44-37-pm whatsapp-image-2017-09-30-at-11-21-31-pm

Sdra Sdri Ahli ANSARA KB yg dihormati sekelian,

Update on AGM2017 30/9/17

First & foremost, bagi pihak Exco saya nak ucapkan berbyk terima kasih kepada semua delegate yg hadir ke AGM Sabtu lalu. The meeting went well Alhamdulillah , with a total of 53 attendance from 27 different batches. Out of the 53 yg hadir, 45 are registered members (the list of attendees is attached below).
Terima kasih juga kepada semua ahli2 dekat dan jauh yang sentiasa prihatin tentang kemajuan dan aktiviti-aktiviti ANSARAKB.

Antara isu yang telah dibincangkan dan dipersetujui adalah:

1. Rumusan dari Usul oleh Dr Zamzida B11, mesyuarat bersetuju dengan cadangan mengutip sumbangan tahunan sebanyak RM10 setahun dari setiap ahli yang mampu (sebab our fund is depleting).

2. Mengadakan Gala Dinner pada Sabtu 5 Mei 2018 untuk sambutan Jubli Perak (25 tahun) penubuhan Ansara Kota Bharu (1993-2018).

3. Rumusan dari Usul oleh Exco (melalui Arianti B16), mesyuarat bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah Majlis Penasihat yang terdiri dari ahli-ahli senior/professional/berpengalaman yang akan dipilih oleh Exco. Pengerusi pertama Majlis Penasihat AnsaraKB ialah Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed B13 (mantan Ketua Cawangan). Maksima ahli 10 orang. Semua Mantan KC dilantik secara otomatik sebagai Ahli Majlis.

4. AGM tahun ni juga melihat perletakan jawatan semua ahli Exco serta pemilihan dan perlantikan semula dan baru Exco AnsaraKB :

(a) Exco yang tidak menyambung sessi 2017-2019:

Ketua Cawangan: Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed B13

Timb. Ketua Cawangan: Dato’ Khusairi Wahijan B6

Bendahari: Dato’ Mohd Hafidz Safari Ramli B13

AJK & Biro Ekonomi: Rosihan Jaafar B10

(b) Barisan Exco baru Ansara Kota Bharu bagi Sesi 2017-2019 adalah seperti dibawah:

Ketua Cawangan: Dato’ Sayed Alfeizal Sayed Ahmad B14

Timb. Ketua Cawangan: Azwan Mohd Noor Ariffin B7

Setiausaha: Nuraiza Zaharin B9

Timb. Setiausaha: Shahrein Mohd Affandi B19

Bendahari: Wan Norhalina Wan Mohd Najib B11

AJK 1: Noor Arianti Osman B16

AJK 2: Dato’ Wan Sazrudeen Wan Zaid B11

AJK 3: Nik Azmil Nik Hisham B22

AJK 4: Mohd Khairuddin Ab Khalik B10

AJK 5: Kamarul Zaman Mustapha B14

5. Juru-juru Audit yg di lantik:

1. Fatihah Che Hashim B15
2. Dato’ Zanzali Mohamad B13

6. Ketua-ketua Biro Ekonomi, Sukan, Kebajikan, Sebaran Am, AnsaraKB Muda, AnsaraKBdKB serta apa-apa lagi Biro baru yang akan diwujudkan akan dilantik oleh Exco baru dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

7. Usul yang dibawa oleh Ariff B10 lebih merupakan cadangan (lawatan ke pusat-pusat komuniti, membersih sampah di event terpilih, aktiviti outdoor berkumpulan). Ianya disambut baik dan akan dijadikan rujukan oleh BIRO Kebajikan ketika merancang program CSR di masa hadapan.

8. Tarikh untuk tiga baki aktiviti untuk tahun ini iaitu
– Majlis Asyura (Okt)
– Volleyball Piala Presiden (Nov)
– Bowling Piala Timbalan Presiden (Dec)
juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

9. Nota tambahan

Jumlah keahlian berdaftar kita setakat 28 Sep 2017 adalah 1,270 orang ahli.
Sukacita dimaklumkan kita dapat pertambahan 5 ahli baru pada hari AGM.

Also, we managed to collect a sum of RM963 (cash) semasa mesyuarat berlangsung. JazakAllah hukhair kpd semua penyumbang dermawan. Sumbangan tersebut akan di masukkan kedalam Tabung AnsaraKB (70%) dan Tabung Takwa (30%).

Ribuan Terima kasih kepada Dato’ Kamarul Redzuan AnsaraKB⁩ kerana telah menyediakan bilik mesyuarat yang cukup sempurna untuk kita, lengkap dengan juadah sarapan dan makan tengahari yang ohsem 😋
Juga tak lupa kepada Abg Ku Hamid atas sumbangan 2 biji kek khas untuk majlis kita 🍰

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam persiapan AGM tahun ini. Much appreciated

Ribuan terima kasih kepada semua Exco 2016-2017 atas perkhidmatan dan komitmen yang cukup baik sepanjang sesi lepas.

Heartiest gratitude and sincerest thanks to Mantan KC Dato’ Kamarul Redzuan dan Mantan TKC Dato’ Kuchai Wahijan for your leadership, guidance and contributions through the years . Superb individuals you both are
JazakAllah hukhair.

Setinggi tinggi Tahniah kepada Exco 2017-2019 yang baru dilantik. Semoga ANSARA KB terus berkembang maju dan menjadi lebih mantap lagi dan lagi. Stail kito, caro kito

Dan semoga segala usaha murni kita memperolehi berkat dan keredhaanNya, insyaAllah.
Wassalam,
Nuraiza Zaharin
Setiausaha Persatuan
(No Keahlian 85001)

photo_2017-09-06_13-11-07

Mock Interview & Career Talk MRSMPC 2017

photo_2017-09-06_13-11-07

Sila isi borang untuk penyertaan (Click Here)

Pihak ANSARAKB akan mengadakan Mock Interview & Career Talk (MICT) bersama pelajar MRSMPC seperti berikut

Tarikh: 23hb September 2017 (Sabtu)
Tempat: MRSM Pengkalan Chepa
Aktiviti:
+ Mock Interview (Pagi)
+ Lunch (Tengahari)
+ Career Talk (Petang)
+ Minum petang

Waktu: Mula 8am dan Berakhir 5pm

Mock Interview

Pihak ANSARAKB berbesar hati ingin menjemput mana-mana bekas pelajar menjadi Panel Interview:
+ Soalan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Ia bertujuan untuk mengasah kemahiran pelajar untuk menjawab yang ditanya dalam kedua-dua bahasa
+ Soalan Interview disediakan

Career Talk

+ Antara kategori kerjaya yang akan dibuka ialah: Doktor, Arkitek, Jurutera (M&E, C&S etc), Akauntan, Peguam dan IT (Computer).
+ Pelajar dibahagikan mengikut kategori profession yang diminati
+ Kemudahan presentation dan PA disediakan

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan berminat untuk terlibat, sila hubungi AJK sebelum 15hb September 2017 bersama butiran:
+ Nama
+ Batch
+ Pekerjaan
+ Email
+ Lokasi Pejabat/Rumah
+ Mock Interview ✔️/✖️
+ Career Talk ✔️/✖️

Sila Hubungi AJK di bawah atau Batch Rep masing-masing:

Shahrein B19 0123377918
Syeh B14 0129890165
Nadia B15 0167853253
Bell B18 0192374799
Azmil B22 0192625561
Izzuddin B34 0145063977

Semoga kita bersama-sama kembali berbakti kepada Maktab dan anak bangsa. InsyaAllah

Terima kasih

Sila isi borang untuk penyertaan (Click Here)

agm-2017

Notis AGM AnsaraKB 2017

Sdr/Sdri Ahli Berdaftar ANSARA KB yang dihormati,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN BEKAS PELAJAR MRSM MALAYSIA CAWANGAN KOTA BHARU (ANSARA KOTA BHARU) BAGI TAHUN 2017

Izinkan saya dengan penuh hormatnya memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) ANSARA Cawangan Kota Bharu bagi tahun 2017 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 30 September 2017 (Sabtu), jam 10:00 pagi
Tempat : Level 2, UZMA Tower
No 2, Jalan PJU 8/8A, Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya

2.Agenda MAT tahun ini adalah seperti berikut :

• Ucapan Aluan Ketua Cawangan
• Meluluskan Minit Mesyuarat MAT Sesi 2016
• Pembentangan Laporan Tahunan oleh Setiausaha Cawangan
• Pembentangan Penyata Kewangan oleh Bendahari Cawangan
• Pemilihan Jawatankuasa Sesi 2017-2019 serta JuruAudit
• Perbahasan usul-usul (sekiranya ada)
• Perkara-perkara berbangkit

3.Penamaan calon-calon atau sebarang usul yang hendak dibahaskan hendaklah diserahkan kepada Sekretariat melalui emel (ansarakbofficial@gmail.com) pada atau sebelum Isnin 25 September 2017.

4.Bagi melicinkan perjalanan Mesyuarat, sila nyatakan kehadiran anda selewatnya Khamis 28 September 2017.

Atas perhatian anda, kami ucapkan ribuan terima kasih.

Yang benar,
Nuraiza Zaharin
Setiausaha Persatuan
ANSARA Kota Bharu

screenshot_20170903-084434