img-20161231-wa0134

Selamat Tahun Baru 2017

img-20161231-wa0134

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Bagi AnsaraKB, 2016 adalah penuh dengan masam, pahit dan manis seghupo denge budu ase kerak lete. Walau asid dari ase kadang kala pahit dan masam, budu, bila di cicah ikan tawar, dapat menghasilkan senyuman yang cukup manis. Begitulah kisah AnsaraKB pada 2016. Kita membuka tirai 2016 dengan majlis tahlil pada 15hb Januari bagi memperingati lebih 100 orang ahli yang telah pergi selamanya terutamanya Abang Long kita, Allahyarham Abang Zahari yang pulang kerahmatullah pada 19hb December 2015.

Secara umumnya, 2016 merupakan tahun yang penuh cabaran buat kita semua dimana kita menyaksikan kemelesetan ekonomi global yang berterusan daripada suasana ekonomi dunia yang suram sejak akhir tahun 2015. Suasana ekonomi dunia yang suram berlarutan sehingga kini akibat konflik di rantau Asia Barat, krisis pelarian di Eropah, kejatuhan harga minyak dunia, kejatuhan harga komoditi utama dunia, kejatuhan nilai mata wang di banyak negara termasuk Malaysia dan konfrontasi di semenanjung Korea serta krisis maritim di Laut China Selatan.

Closer to shore, as a nation, we are at the brink of divisiveness. There has been no precedence in what we are facing today as a nation. The nation cannot function effectively when there is dissenting relationship between people and government. I see political opportunism taking priority over nation building. In that front, let’s all unite as Malaysians and put the needs of the nation first, ahead of our different and personal needs.

Turut menyedihkan, dunia menyaksikan tragedi berlarutan yang menyayat hati di Syria, Yemen dan Myanmar. Kita menyaksikan bagaimana hilangnya nilai kemanusiaan apabila kanak-kanak yang tidak berdosa diseksa dan dibunuh secara terbuka namun kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu selain daripada berdoa kepada Allah S.W.T.

Disebalik kesedihan memperingati kehilangan kekal lebih 100 ahli, kesuraman ekonomi serta isu kemanusiaan yang kita hadapi pada tahun 2016, sebagai Presiden AnsaraKB saya berbangga dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi sepakat dan bersatu untuk terus membantu anak bangsa. Disebalik perpecahan kronik dalam negara khasnya anak bangsa, AnsaraKB masih bergerak seperti satu keluarga bahagia. Banyak aktiviti telah kita berjaya organized and successfully attended by various batches dari yang veteran hinggalah yang muda. Ini termasuklah Majlis Berbuka Puasa, aktiviti santai bersama anak-anak yatim, Gomo Raya, Volleyball Piala Presiden, Charity Golf, Program NAFAS, Rocka Bowling dan lain lain lagi. Our strategy of outsourcing to certain batches to organize particular events proved successful.

Lawatan Tuan Pengetua dan Cikgu Zakiah pada November 2016 baru-baru ini telah berjaya menambah keyakinan pihak Maktab setelah melihat impak positif melalui aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan, inisiatif-inisiatif yang memberangsangkan serta komitmen yang ditunjukkan oleh warga AnsaraKB. Dengan adanya kerjasama dengan pihak Maktab, AnsaraKB pasti akan lebih berjaya dalam memperjuangkan matlamat, visi dan misi AnsaraKB.

Dengan menjelangnya tahun 2017, saya teruja untuk melihat apa yang bakal menanti pada tahun ini terutamanya dengan kewujudan biro-biro baru – ekonomi (Bro Rossi), kebajike (Bro Nazri and Sis Bell) dan ansarakbdkb (Bro Wae Sedae and Bro Izwe). In less than 6 months of setting up biro-biro baru, impak yang jelas sudah kelihatan seperti wujudnya Wadah Paragon Sdn Bhd, Program NAFAS dan banyak lagi.

2017 is very impotant for us as AnsaraKB has been selected to host and organize Karnival Syoknya Ansara 2017. This is a HUGE event and TokYed has been appointed to spearhead the program. He is the man behind Malaysia Tennis teenage sensation, Malaysia F1 hopeful Nabil Al Jefri, he used to manage MotoGP genius Hafidz Syahrin and many other successful atheles in Malaysia. Dia juga the man behind various successful sport events in Malaysia. Safe to say, we are in good hands. AnsaraKB CDM kali ini adalah SuperRein from Batch 19. KSA2017 yang akan diadakan pada 24 – 26 February 2017 dijangka akan menarik lebih 10,000 peserta merangkumi pemain, penyokong dan sukarelawan.

Saya ingin menzahirkan penghargaan dan terima kasih saya kepada seluruh warga AnsaraKB di atas sokongan dan sumbangan yang telah dicurahkan. Saya berharap kejayaan yang dicapai menjadi motivasi untuk kita semua menghadapi cabaran di tahun 2017 bagi mencipta lebih banyak kejayaan. Special thanks to Timbalan Prez DKW who acted as jambatan dengan Ansara Pusat, Tok Bendahari for his good looks and charm which manage to attract many young members to join AnsaraKB :), TSU SuperRein for his undivided commitment (and who secretly text me all the images that I can use to communicate with my Setiausaha), TokYed and his crew (Syeh, Meje, etc) for their superb coordination and great ideas, Wae Usop (last Malay standing) for his uncanny ability to gather attention with his yoya-yoya, Rossi for his renewed energy, Yanti who acts as my legal counsel for all matters related to Ansara, all other Exco members, batch reps, set set tulo hok dok nulong sokmo, all other members (1,243 registered members kesemuanya as of tonight) and the rest of alumni MRSM KB/PC. And who am I without my Secretary, Kak Ja. She is the glue that put things together and the engine that run on all 12 cylinders all the time, everytime.

To the rest yang belum menjadi ahli…. Kalau bukan sekarang, Bila? Kalau bukan anda, Siapa? Marilah cepak cepak jadi ahli blako..

Oh ya, sekalung tahniah saya ucapkan kepada pasukan bolasepak AnsaraKB yang telah memenangi Piala Ansara 2016 pada 26 Disember 2016 di Putrajaya. Last time we won that Piala was 22 years ago. Tahniah pada Jenal and his team.

Akhir kata, this should be my last year as Ketua Cawangan AnsaraKB. Bagi saya, kejayaan memimpin adalah bukan pabila kita berjaya mengarah tetapi sebaliknya apabila kita berjaya melahirkan lagi ramai pemimpin. Alhamdulillah, I am proud to say, AnsaraKB ada a lot of competent leaders now. Time to make space for future leaders. Adios and it has been really good.

Selamat Tahun Baru 2017.

AnsaraKB .. Stail Kito, Caro Kito

Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed
No Ahli 89001
Ketua Cawangan
Ansara Kota Bharu
31 Dis 2016