Committee Members 2016/2017

ansarakb-exco-line-up-final-paragon

Assalamualaikum WBT

Susulan dari MESYUARAT AGONG TAHUNAN yang telah berlangsung pada 4 September 2016 yang lepas, sukacitanya disini saya lampirkan senarai terbaru AHLI JAWATANKUASA ANSARA KOTA BHARU SESI 2016/2017.

Untuk makluman, MAT2016 yang lalu telah dihadiri oleh 50 orang ahli berdaftar, yang terdiri dari ahli-ahli dari Batch 1 (tahun SPM 1977) sehingga ke Batch 31 (tahun SPM 2007).

Mesyuarat juga telah memutuskan perlantikan beberapa AJK tambahan, khusus untuk pengendalian aktiviti-aktiviti di bawah bidang EKONOMI, SUKAN, SEBARAN AM dan KEBAJIKAN.

ANSARAKBdKB kekal sebagai Jawatankuasa Khas untuk aktiviti-aktiviti di Kota Bharu, manakala ANSARAKB MUDA dibentuk khas untuk kumpulan Gen-Y.

Kami ucapkan ribuan terima kasih atas segala sokongan yang telah diberikan dan berharap agar ahli-ahli dapat memberikan sokongan lagi dan lagi terhadap semua aktiviti-aktiviti kita yang akan datang.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang aktiviti-aktiviti kita, sila layari laman di media sosial seperti dibawah:

Web: http://ansarakb.org
FB: Ansara Kota Bharu
Twitter: @AnsaraKB
Instagram: @AnsaraKB
Email: ansarakbofficial@gmail.com

Sekian, terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda sekelian.

ANSARAKB … Stail kito , Caro kito πŸ’ͺ🏽

Nuraiza Zaharin
No Ahli 85001
Setiausaha Persatuan
b/p EXCO
26 Sep 2016

Leave a Reply