News: Mesyuarat Agung Tahunan AnsaraKB 2017

whatsapp-image-2017-10-01-at-6-44-37-pm whatsapp-image-2017-09-30-at-11-21-31-pm

Sdra Sdri Ahli ANSARA KB yg dihormati sekelian,

Update on AGM2017 30/9/17

First & foremost, bagi pihak Exco saya nak ucapkan berbyk terima kasih kepada semua delegate yg hadir ke AGM Sabtu lalu. The meeting went well Alhamdulillah , with a total of 53 attendance from 27 different batches. Out of the 53 yg hadir, 45 are registered members (the list of attendees is attached below).
Terima kasih juga kepada semua ahli2 dekat dan jauh yang sentiasa prihatin tentang kemajuan dan aktiviti-aktiviti ANSARAKB.

Antara isu yang telah dibincangkan dan dipersetujui adalah:

1. Rumusan dari Usul oleh Dr Zamzida B11, mesyuarat bersetuju dengan cadangan mengutip sumbangan tahunan sebanyak RM10 setahun dari setiap ahli yang mampu (sebab our fund is depleting).

2. Mengadakan Gala Dinner pada Sabtu 5 Mei 2018 untuk sambutan Jubli Perak (25 tahun) penubuhan Ansara Kota Bharu (1993-2018).

3. Rumusan dari Usul oleh Exco (melalui Arianti B16), mesyuarat bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah Majlis Penasihat yang terdiri dari ahli-ahli senior/professional/berpengalaman yang akan dipilih oleh Exco. Pengerusi pertama Majlis Penasihat AnsaraKB ialah Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed B13 (mantan Ketua Cawangan). Maksima ahli 10 orang. Semua Mantan KC dilantik secara otomatik sebagai Ahli Majlis.

4. AGM tahun ni juga melihat perletakan jawatan semua ahli Exco serta pemilihan dan perlantikan semula dan baru Exco AnsaraKB :

(a) Exco yang tidak menyambung sessi 2017-2019:

Ketua Cawangan: Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed B13

Timb. Ketua Cawangan: Dato’ Khusairi Wahijan B6

Bendahari: Dato’ Mohd Hafidz Safari Ramli B13

AJK & Biro Ekonomi: Rosihan Jaafar B10

(b) Barisan Exco baru Ansara Kota Bharu bagi Sesi 2017-2019 adalah seperti dibawah:

Ketua Cawangan: Dato’ Sayed Alfeizal Sayed Ahmad B14

Timb. Ketua Cawangan: Azwan Mohd Noor Ariffin B7

Setiausaha: Nuraiza Zaharin B9

Timb. Setiausaha: Shahrein Mohd Affandi B19

Bendahari: Wan Norhalina Wan Mohd Najib B11

AJK 1: Noor Arianti Osman B16

AJK 2: Dato’ Wan Sazrudeen Wan Zaid B11

AJK 3: Nik Azmil Nik Hisham B22

AJK 4: Mohd Khairuddin Ab Khalik B10

AJK 5: Kamarul Zaman Mustapha B14

5. Juru-juru Audit yg di lantik:

1. Fatihah Che Hashim B15
2. Dato’ Zanzali Mohamad B13

6. Ketua-ketua Biro Ekonomi, Sukan, Kebajikan, Sebaran Am, AnsaraKB Muda, AnsaraKBdKB serta apa-apa lagi Biro baru yang akan diwujudkan akan dilantik oleh Exco baru dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.

7. Usul yang dibawa oleh Ariff B10 lebih merupakan cadangan (lawatan ke pusat-pusat komuniti, membersih sampah di event terpilih, aktiviti outdoor berkumpulan). Ianya disambut baik dan akan dijadikan rujukan oleh BIRO Kebajikan ketika merancang program CSR di masa hadapan.

8. Tarikh untuk tiga baki aktiviti untuk tahun ini iaitu
– Majlis Asyura (Okt)
– Volleyball Piala Presiden (Nov)
– Bowling Piala Timbalan Presiden (Dec)
juga akan diumumkan dalam masa terdekat.

9. Nota tambahan

Jumlah keahlian berdaftar kita setakat 28 Sep 2017 adalah 1,270 orang ahli.
Sukacita dimaklumkan kita dapat pertambahan 5 ahli baru pada hari AGM.

Also, we managed to collect a sum of RM963 (cash) semasa mesyuarat berlangsung. JazakAllah hukhair kpd semua penyumbang dermawan. Sumbangan tersebut akan di masukkan kedalam Tabung AnsaraKB (70%) dan Tabung Takwa (30%).

Ribuan Terima kasih kepada Dato’ Kamarul Redzuan AnsaraKB⁩ kerana telah menyediakan bilik mesyuarat yang cukup sempurna untuk kita, lengkap dengan juadah sarapan dan makan tengahari yang ohsem 😋
Juga tak lupa kepada Abg Ku Hamid atas sumbangan 2 biji kek khas untuk majlis kita 🍰

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam persiapan AGM tahun ini. Much appreciated

Ribuan terima kasih kepada semua Exco 2016-2017 atas perkhidmatan dan komitmen yang cukup baik sepanjang sesi lepas.

Heartiest gratitude and sincerest thanks to Mantan KC Dato’ Kamarul Redzuan dan Mantan TKC Dato’ Kuchai Wahijan for your leadership, guidance and contributions through the years . Superb individuals you both are
JazakAllah hukhair.

Setinggi tinggi Tahniah kepada Exco 2017-2019 yang baru dilantik. Semoga ANSARA KB terus berkembang maju dan menjadi lebih mantap lagi dan lagi. Stail kito, caro kito

Dan semoga segala usaha murni kita memperolehi berkat dan keredhaanNya, insyaAllah.
Wassalam,
Nuraiza Zaharin
Setiausaha Persatuan
(No Keahlian 85001)