20170930_110459

Penolakan Pencalonan Timbalan Presiden

Pengumuman dari Kak Ja:

Salaam

Merujuk kepada senarai calon-calon yang menerima cukup pencalonan bagi jawatan-jawatan ANSARA Pusat bagi Sesi 2017-2019 yang telah dikeluarkan oleh SUA ANSARA Sdra Ahmad Bazlan Che Kasim melalui Whatsapp kelmarin, disini saya ingin maklumkan bahawa Dato’ Kamarul Redzuan tidak akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.

Pencalonan beliau sebagai Timbalan Presiden dibuat tanpa rujukan kepada beliau terlebih dahulu.

Dato’ Kamarul menghargai pencalonan tersebut, namun memutuskan untuk bertanding jawatan Presiden sahaja.

Beliau telah memaklumkan serta merta kepada Sdra SUA akan keputusan beliau petang kelmarin sebaik sahaja menerima senarai pencalonan.

Sekian, untuk makluman semua.

Terima kasih,

Nuraiza Zaharin
Setiausaha
ANSARA KOTA BHARU
14 Oktober 2017