13614921_1035412356527241_430504021033026399_n

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

13614921_1035412356527241_430504021033026399_n

Assalamualaikum

Ramadhan akan berlalu dan Syawal bakal menjelang . Alhamdulillah dengan izinNya kita dapat meraikan Aidil Fitri sekali lagi.

Saya dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua ahli AnsaraKb dekat dan jauh, di mana saja anda berada . Sambutlah dengan keluarga tersayang, rapatkan hubungan and nikmatilah juadah. Jangan sampai kati yang hilang diganti dengan kilogram yang baru sudahlah.

Alhamdulillah dengan berkat usaha murni kita sebagai satu famili di dalam persatuan alumni yang terulung ini , banyak kemajuan telah kita kecapi melalui program-program yang melibatkan ahli-ahli dari pelbagai batch.

Saya kagum dan berterima kasih dengan sokongan yang telah ditunjukkan dan berharap sokongan terhadap aktiviti-aktiviti akan datang akan makin bertambah kuat dan padu.

Sesungguhnya AnsaraKB adalah milik kita semua . Jom kito pakat sokong supayo persatue bertamboh agong.

Salam Aidil Fitri dari saya dan seisi keluarga . Sehingga kita ketemu lagi di program seterusnya , Gomo Rayo pada 30 Julai nanti.

Maaf zahir batin.

AnsaraKb sentiasa di hati. Stail kito Caro kito

Dato’ Kamarul Redzuan Muhamed
Ketua Cawangan
Ansara Kota Bharu